CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday 22 July 2011

Surat Kiriman Rasmi (meninta pertolongan supaya menganjurkan seminar peperiksaan bagi murid-murid yang bakal menghadapi peperiksaan UPSR)

Ketua Kelas Tahun Enam,
Sekolah Kebangsaan Kampung Endah,
42700 Banting,
Selangor Darul Ehsan.
___________________________________________________________
Yang Dipertua,
Persatuan Ibu Bapa Dan Guru,
Sekolah Kebangsaan Kampung Endah,
42700 Banting,
Selangor Darul Ehsan.

Tuan,

Menganjurkan Seminar Peperiksaan UPSR 2011
_____________________________________________

1.     Merujuk perkara di atas,saya bagi pihak murid-murid tahun enam ingin memohon supaya pihak tuan dapat menganjurkan seminar tersebut.Seminar tersebut bertujuan untuk membantu persediaan kami    yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini.

2.     Untuk makluman tuan, seminar ini amat penting kerana dapat memberi pendedahan kepada kami tentang cara-cara atau teknik menjawab soalan dengan betul.Selain itu,seminar ini juga dapat menambahkan    lagi ilmu pengetahuan kami serta meningkatkan lagi prestasi kami.

3.    Di sini,saya bercadang agar seminar ini dapat diadakan di dewan sekolah    pada cuti persekolahan iaitu pada bulan Ogos.Di samping itu,tarikh ini juga amat sesuai memandangkan peperiksaan UPSR akan kami duduki sebulan selapas itu.

4.    Kami berjanji akan memanfaatkan seminar tersebut dan memperolehi kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR pada tahun ini.

5.    Kami berharap pihak tuan dapat memenuhi permohonan kami ini.Kerjasama pihak tuan kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian,terima kasih.

Yang benar,
(Gurlz_99)
Ketua Kelas Tahun Enam,
Sekolah Kebangsaan Kampung Endah.

0 comments: