104,Jalan Haruan,
Taman Pandan Yu,
79045,Rasahjaya,
Negeri Sembilan.
____________________________________________________________
Puan Dimah bt Osman,
Guru Kelas Tahun 6 Putih,
Sekolah Kebangsaan Rasah 1,
79045,Rasahjaya. 24 JANUARI 2011
Puan,
Tidak Hadir ke Sekolah
Saya Azrul Aiman bin Harun,murid Tahun Enam Bestari.Saya tidak dapat hadir ke sekolah hari ini,iaitu pada 24 Januari 2011.
2. Hal ini demikian kerana ibu bapa saya tiada di rumah.Mereka pulang ke kampung untuk menziarahi nenek kami yang sakit.Oleh sebab sesuatu hal yang tidak dapat dielakkan,mereka tidak dapat pulang awal sebagaimana yang dijadualkan.
3. Saya anak sulung dalam keluarga.Tiada sesiapa yang dapat menjaga adik-adik saya.Oleh itu,saya terpaksa menjaga mereka sementara menunggu kepulangan ibu bapa saya.
4. Menurut mereka,mereka akan pulang secepat mungkin.Dengan demikian,dapatlah saya hadir ke sekolah seperti biasa.
5. Saya berharap agar cikgu dapat memahami keadaan saya dan dapat menerima sebab-sebab yang diberikan.
Kejasama cikgu saya dahului dengan ucapan terima kasih.
Yang Benar,
Azrul
(AZRUL AIMAN BIN HARUN)
Friday, 22 July 2011
Surat Kriman Rasmi ( Tidak Dapat Hadir Ke Sekolah)
Posted by Study Hard at 10:05
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment