Average :
1 + 2 + 3 =
cara membuatnya :
tambahkan kesemuanya 1 + 2 + 3 = 6
jawapannya bahagi tiga.ha?kenapa bahagi tiga?kerana 1 + 2 + 3.ada tiga nombor di dalam soalan ini.
pembahagiannya adalah mengikut nombor yang ada di soalan yang diberikan.
contoh:
tambah semua =>1 + 2 + 3 = 6
bahagi => 6 = 2
======> 3
jadi jawapannya adalah 2
Percentage:
Soalan ke-1=>
2 convert into percentage : ?
10
caranya ialah:
2 x 100 =
10
kenapa perlu darab seratus?ha.kerana % anggap / adalah 1 dan o adalah nombor "0".ada dua o jadi ada dua 00."/" ada satu jadi 100.paham?
2 x 100 =
10
jika boleh dibahagikan denominatiornya dengan seratus,kecilkan untuk memudahkan darabnya.10 bahagi 100 jawapannya ialah 10.selepas itu,10 darab 2 jawapannya 20.jadi,20 ialah jawapannya.
Soalan ke-2 =>
Ali buys 200 oranges.he gave 10% to Amin.The remaining he gave to 3 other friend.what is the amount of each friend gets?
caranya:
ali beli => 200
bagi ali => 10% (tetapi berapakah 10% ini mewakili nombor biasa?kita tidak boleh tolak nombor biasa dengan nombor percent.)
jadi cara untuk mencari 10% ke nombor bulat ialah:
10 => ingt lagi x yang (% bagaimana menjadi seratus? / ialah 1 manakala o ialah numbor 0)
100
10 x 200(kerana 200 adalah jumlah keseluruhannya.kita mahu cari 10% daripada oren yang ali beli) =
100
100 boleh dibahagikan dengan 200.jadi bahagi dahulu untuk memudahkan darabnya 100 bahagi 200 = 2
kemudian 2 didarabkan dengan 10.10 x 2 = 20
kemudian dia kata yang bakinya di beri kepada 3 orang kawannya yang lain.
200 - 20 . kerana 20 mewakili 10% daripada 200 untuk nombor bulat.200 - 20 ialah 180.180 ialah baki selepas diberi kepada amin.
kemudian dia memberi bakinya kepada 3 orang kawannya yang lain.?Jadi jalan kerjanya ialah 180 bahagi 3 = 6.Jadi 6 ialah jawapannya.
Fraction:
2 + 6 =
12 12
caranya ialah:
kita harus samakan denominator.apakah denominator ini ya?denominator ialah nombor bawah dalam sesuatu nombor fraction..
contohnya:
3
5 <== adalah denominator.
kalau denominator sudah sama seperti soalan di atas,tambahkan terus.cara untuk menambahkannya ialah:
2 + 6 = 8.denominator tidak akan berubah langsung.tulis sahaja:
8 jika boleh kecilkan,wajib kecilkan!jika tidak,tiada markah di paper 2 dan tidak ada jawapan di paper 1
12
8 bahagi 4 => 2
12 bahagi 4 => 3
kenapa harus bahagi 4?kerana kedua-dua nombor itu ada di sifir 4.Walaupun kedua-dua nombor ini ada di sifir 2,tetapi harus bahagi 2 kali.kerana bila bahagi dengan 2,boleh dikecilkan lagi.setelah dikecilkan,itu lah jawapannya.
Friday, 22 July 2011
Math Formula
Posted by Study Hard at 22:44 0 comments
Surat Kriman Rasmi ( memohon menggunakan dewan sekolah)
Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Kebangsaan Jaya,
18050 Kuala Krai,
Kelantan.
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Jaya,
18050 Kuala Krai,
Kelantan. 2 Mei 2011
Tuan,
Memohon Kebenaran Menggunakan Dewan Sekolah
Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.
2.Saya selaku setiausaha Persatuan Bahasa Melayu
akan menganjurkan satu pertandingan bercerita peringkat sekolah.
3. Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk
memohon kebenaran daripada pihak tuan untuk menggunakan dewan tersebut bagi acara yang akan dipertandingkan.
4.Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk memilih peserta yang terbaik bagi mewakili pertandingan bercerita di peringkat daerah pada hari Ahad nanti.
5. Berikut adalah masa,tempat,tarikh dan hari untuk menggunakan dewan tersebut:
Masa :8.00 pagi-12.oo tengah hari
Tempat:Dewan Sri Gemilang
Tarikh:8 Mei 2011 (AHAD)
Besarlah harapan kami agar pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan kami ini.sekian,terima kasih.
Yang benar,
Najihah
NUR NAJIHAH BINTI MOHD ZAID,
Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Kebangsaan Jaya.
Posted by Study Hard at 10:08 0 comments
Surat Kiriman Rasmi (meninta pertolongan supaya menganjurkan seminar peperiksaan bagi murid-murid yang bakal menghadapi peperiksaan UPSR)
Ketua Kelas Tahun Enam,
Sekolah Kebangsaan Kampung Endah,
42700 Banting,
Selangor Darul Ehsan.
___________________________________________________________
Yang Dipertua,
Persatuan Ibu Bapa Dan Guru,
Sekolah Kebangsaan Kampung Endah,
42700 Banting,
Selangor Darul Ehsan.
Tuan,
Menganjurkan Seminar Peperiksaan UPSR 2011
_____________________________________________
1. Merujuk perkara di atas,saya bagi pihak murid-murid tahun enam ingin memohon supaya pihak tuan dapat menganjurkan seminar tersebut.Seminar tersebut bertujuan untuk membantu persediaan kami yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini.
2. Untuk makluman tuan, seminar ini amat penting kerana dapat memberi pendedahan kepada kami tentang cara-cara atau teknik menjawab soalan dengan betul.Selain itu,seminar ini juga dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan kami serta meningkatkan lagi prestasi kami.
3. Di sini,saya bercadang agar seminar ini dapat diadakan di dewan sekolah pada cuti persekolahan iaitu pada bulan Ogos.Di samping itu,tarikh ini juga amat sesuai memandangkan peperiksaan UPSR akan kami duduki sebulan selapas itu.
4. Kami berjanji akan memanfaatkan seminar tersebut dan memperolehi kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR pada tahun ini.
5. Kami berharap pihak tuan dapat memenuhi permohonan kami ini.Kerjasama pihak tuan kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
Sekian,terima kasih.
Yang benar,
(Gurlz_99)
Ketua Kelas Tahun Enam,
Sekolah Kebangsaan Kampung Endah.
Posted by Study Hard at 10:07 0 comments
Surat Kriman Rasmi ( Tidak Dapat Hadir Ke Sekolah)
104,Jalan Haruan,
Taman Pandan Yu,
79045,Rasahjaya,
Negeri Sembilan.
____________________________________________________________
Puan Dimah bt Osman,
Guru Kelas Tahun 6 Putih,
Sekolah Kebangsaan Rasah 1,
79045,Rasahjaya. 24 JANUARI 2011
Puan,
Tidak Hadir ke Sekolah
Saya Azrul Aiman bin Harun,murid Tahun Enam Bestari.Saya tidak dapat hadir ke sekolah hari ini,iaitu pada 24 Januari 2011.
2. Hal ini demikian kerana ibu bapa saya tiada di rumah.Mereka pulang ke kampung untuk menziarahi nenek kami yang sakit.Oleh sebab sesuatu hal yang tidak dapat dielakkan,mereka tidak dapat pulang awal sebagaimana yang dijadualkan.
3. Saya anak sulung dalam keluarga.Tiada sesiapa yang dapat menjaga adik-adik saya.Oleh itu,saya terpaksa menjaga mereka sementara menunggu kepulangan ibu bapa saya.
4. Menurut mereka,mereka akan pulang secepat mungkin.Dengan demikian,dapatlah saya hadir ke sekolah seperti biasa.
5. Saya berharap agar cikgu dapat memahami keadaan saya dan dapat menerima sebab-sebab yang diberikan.
Kejasama cikgu saya dahului dengan ucapan terima kasih.
Yang Benar,
Azrul
(AZRUL AIMAN BIN HARUN)
Posted by Study Hard at 10:05 0 comments
Surat Kriman Rasmi ( Tidak Dapat Hadir Ke Sekolah)
Sashwini A/P Subramaniam
No.8,Jalan 5,Taman Bersatu,
86000 Kluang,
Johor Darul Takzim. 16 JULAI 2011
Tidak Dapat Hadir Ke Sekolah
Bahawa yang ini maklumkan,yang saya tidak dapat hadir ke sekolah selama dua hari, iaitu Rabu 13 Julai 2011 dan Khamis 14 Julai 2011 kerana berpindah ke rumah yang baru.
2. Selama ini, kami sekeluarga menyewa rumah di Taman Kluang Barat.Ia sangat susah untuk tingal di situ kerana taman itu kaerana taman itu sering dilanda banjir kilat. Rumah saya juga dinaiki air.Peralatan rumah dan sekolah turut musnah.
3.Adakalanya, saya datang lambat ke sekolah kerana ketinggalan bas sekolah.Jarak dari rumah saya dan sekolah ialah 8 kilometer.Ia sangat jauh dari rumah saya.
4. Saya juga minta maaf kerana ketidakhadiran saya ke sekolah.Saya juga berjanji yang saya akan membuat kerja sekolah yang terjejas selama dua hari.
Saya amat berharap Tuan dapat memahami keadaan saya.
Sekian,terima kasih.
Sashwini
(SASHWINI A/P SUBRAMANIAM)
Posted by Study Hard at 10:00 0 comments
Surat Kriman Rasmi ( Alam Sekitar)
Jawatankuasa Bertindak Taman Seri Abil,
68000 Hulu Langat,
Selangor Darul Ehsan.
2010
_____________________________________________________________
Jabatan Alam Sekitar,
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
Aras 3-7,Blok C4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62662 Putrajaya. 19 NOVEMBER 2010
Tuan,
Aduan Pencemaran Udara Taman Seri Abil
Perkara di atas dirujuk.
2. Taman Seri Abil merupakan kawasan perumahan yang terletak bersebelahan Kawasan Perindustrian Batu 10.Di kawasan perindustrian ini pula terdapat kilang pemprosesan kayu-kayan,iaitu 2020 Timber Industries Berhad,Syarikat Maha Wood Industries Berhad,dan Malim Timber Industries Berhad.
3. Pihak kami mendapati bahawa kilang-kilang tersebut membakar sisa kayu-kayan hampir setiap hari terutama pada waktu malam.Udara di kawasan perumahan ini sentiasa berbau busuk apabila asap hitam keluar daripada corong asap kilang-kilang ini.Penduduk Taman Patani Jaya selalu mengadu bahawa lantai rumah mereka sentiasa dilapisi habuk hitam walaupun lantai dibersihkan setiap hari.Selain itu,ramai penduduk di kawasan perumahan ini menghadapi penyakit alergi seperti resdung,lelah,dan penyakit kulit
4. Pihak kami berharap agar pihak tuan dapat menyiasat dan mengambil tindakan bagi mengatasi masalah ini.Kerjasama dan sokongan pihak tuan amat dihargai.
Sekian,terima kasih.
Yang benar,
Firdaus
...................
(Muhammad Firdaus Bin Yunizain
Posted by Study Hard at 09:58 0 comments
Animals Movement
snake - slithers
mouse - scampers
horse - gallops,trots
tortoise - crawls
insects(ant,beetle,cockroach) - crawl
bird - flies
kangaroo - jumps
rabbit - hops
fish -swims
monkey - swings
duck - waddles
frog - leaps
butterfly - flits
bull - charges
Posted by Study Hard at 09:35 0 comments