CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday 22 July 2011

Surat Kriman Rasmi ( Alam Sekitar)

Jawatankuasa Bertindak Taman Seri Abil,
68000 Hulu Langat,
Selangor Darul Ehsan.
2010
_____________________________________________________________

Jabatan Alam Sekitar,
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
Aras 3-7,Blok C4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62662 Putrajaya.                                                        19 NOVEMBER 2010

Tuan,
Aduan Pencemaran Udara Taman Seri Abil

Perkara di atas dirujuk.

2. Taman Seri Abil merupakan kawasan perumahan yang terletak bersebelahan Kawasan Perindustrian Batu 10.Di kawasan perindustrian ini pula terdapat kilang pemprosesan kayu-kayan,iaitu 2020 Timber Industries Berhad,Syarikat Maha Wood Industries Berhad,dan Malim Timber Industries Berhad.

3. Pihak kami mendapati bahawa kilang-kilang tersebut membakar sisa kayu-kayan hampir setiap hari terutama pada waktu malam.Udara di kawasan perumahan ini sentiasa berbau busuk apabila asap hitam keluar daripada corong asap kilang-kilang ini.Penduduk Taman Patani Jaya selalu mengadu bahawa lantai rumah mereka sentiasa dilapisi habuk hitam walaupun lantai dibersihkan setiap hari.Selain itu,ramai penduduk di kawasan perumahan ini menghadapi penyakit alergi seperti resdung,lelah,dan penyakit kulit

4. Pihak kami berharap agar pihak tuan dapat menyiasat dan mengambil tindakan bagi mengatasi masalah ini.Kerjasama dan sokongan pihak tuan amat dihargai.

Sekian,terima kasih.

Yang benar,
  Firdaus
...................
(Muhammad Firdaus Bin Yunizain

0 comments: